Monday, January 1, 2018

Keutamaan Surah Al-Mulk Monday, January 1, 2018

Keutamaan Surah Al Mulk

Surat Al-Mulk mempunyai kelebihan dan fadilatnya, di antaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis, yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka waktu lelaki itu membacanya, maka waktu itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al-Mulk” (Hadis).

2. Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al-Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” (Hadis).

3. Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.” (Hadis).

4. Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” (Hadis).

5. Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir".(Hadis)

6. Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surat itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu menjawab di dalam kubur sehingga mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” (Hadis).

7. Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surat itu surat Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” (Hadis).

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As-Sajadah dan surah Al- Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al-Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari bahaya azab kubur. Ia akan menjawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut melepaskan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.’

11. Ulama berkata: “Sesungguhnya surat Yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12. Saiyidina Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al-Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini karena ada surah Al Mulk”.

Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al-Mulk.”

13.Membaca surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk di waktu malam itu sama dengan memperoleh malam al Qadar (Hadis).

14.Barang siapa setiap malam membaca surah Al-Mulk, maka kelak ia mampu untuk menjawab pertanyaan kubur dan sebelumnya mati jauh dari fitnah (Hadis).

15.Surah Al-Mulk itu dapat mensyafaati pembacanya hingga diampuni dosanya.

Post Yang Berkaitan "Keutamaan Surah Al-Mulk"


No comments :

Sila Tulis Komen Di Sini :